Aishiteru42

Aishiteru42

Wednesday, 4 September 2013

Agungnya Cinta

Tanpa bicara
tanpa ucap kata
tanpa salam mesra
...
 ia hadir jua
ia bertamu dijiwa
biar terpaksa
biar tanpa diduga
cinta kita berbunga
seharum kemboja
setianya menaburi
istana cinta ini

Miliki cinta kita
itulah anugerahnya
mungkin takdir jua
indah terasa
cukup bermakna
walau terpaksa
walau derita
walau sedetik cuma
cinta kita warnanya
milik kita sesucinya
selamanya tetap ada

Agungnya cinta
ajaib nikmatnya
dalam rela
dalam terpaksa
melantun nadanya
meresap rindunya
pasti masanya tiba
terlerai jua cinta
kerana cinta digoda
dengan kata nista
kerana cinta dinoda
cemburu bertahkta

Terusir cinta
Terlerai rindu
Berakhir cinta
Bersemadi rindu...

No comments:

Post a Comment