Aishiteru42

Aishiteru42

Monday, 9 May 2016

Mr 'Langkawi'

Bismillah .Assalamualaikum .

huhh !! Tarik nafas dulu.haaa 😂😂 .lama nya tak singgah diari ni . last update tahun lepas rupanya .😂😂 hai uollsss ..apo kabar .harap sihat sihat la ye .

Ok , lama tak update so banyak la kan cerita nya .hheee . first nak cerita pasal family baru . anak buah yang ke tujuh lahir bulan satu haritu .tahniah angah dan bgboy . semoga baby mohd khalish akif yang bermata brown sihat dengan sempurna dan menjadi anak yang soleh buat ibu dan abah . bertambah la duet raya ni acu kena sediakan .😊😊😂😂😊😊 ..hheee

Next story ..ehem ehem ..😊😊 .hujung bulan feb haritu pergi la ke pulau langkawi naik satu bas . firsttime pegi ke langkawi sebenarnya .hahaaaa . dan firsttime jumpa sidia jugak . walaupon memang sekampung .tp tk sangka perkenalan kami di langkawi .😍😍 . ok ni nak cerita sikit pasal sidia .seorang lelaki .opkoss lelaki kan .hehee 😂😂 ..berumur 30an . sangat baik ,caring dan berani . berani memulakan perkenalan . hanya sidia, aku ,dan family aku je tau cara perkenalan kami .😊😊 . sehelai kertas yang amat bermakna . ingat lagi kata kata dia kononnya ade barang aku terjatuh kat jeti .😊😊 .tapi awak nak tau tak .kalau la awak baca post sy ni .. Lepas je saya baca apa yang awak tulis pada kertas tu saya sangat sangat terkejut . saya tak tau nak cakap apa . lepas tu saya minta pendapat kakak kakak dan abang saya .nak terima salam perkenalan awak atau tidak . dalam fikiran saya masa tu hanya satu , tak nak kecewa untuk kali kedua .pengalaman pertama mengajar erti hati hati dengan kata kata lelaki . dan ...untuk kali kedua sy buka kan pintu hati saya untuk yang bergelar lelaki .moga awak lelaki yang berani dalam apa jua cabaran untuk pertahankan hubungan kita . saya mencari lelaki yang bertanggungjawab dalam gelaran 'suami' .bukan mencari lelaki dalam percubaan untuk percintaan .😊😊 buat awak ... Ikhlas dari hati saya sayang ,cinta , kasih pada awak .
 

..... 😍😍😍 .......

Friday, 18 December 2015

CONVOCATION SIS MAI !!

Assalamualaikum .

Hui huii ..lama nya tak menulis kat sini .dan terus terang aku hampir hampir melupakan laman muka buku yang satu ni ha . so kita nak mula cerita yang mana dulu ni ekk .hhaa .

Ok first aku nak bercerita merasai pengalaman ber convocation . gembira , sedih , sebak  semua ada masa tu . 28/11/2015 tarikh yang amat amat bermakna dalam hidup aku .bukan tarikh nikah ehh .hahaa . sebenarnya aku da naik ke kl masa 26hb tu sebab nak kena ambik jubah dekat kptm kl . pastu 27hb pulak kena hadirkan diri ke reheasel dekat dewan perdana , PICC putrajaya .

So  lepas ambik jubah tu aku n the girls geng terus carik hotel dulu .hotel paling murah kiteorang dapat dekat cheras , semalam rm118 . boleh lah yang penting kiteorang dapat together malam tu .hee .keesokan nya tu 27hb pagi terus pegi photoshoot pra convo dekat taman botani. Kenapa botani ?? .. Ha sebab first kiteorang nak carik kawasan putrajaya sebab petang tu nak kena pergi ke dewan perdana ,picc pulak untuk reheasel .second , korang takkan menyesal pergi photoshoot kat taman botani sebab view dia memang sangat sangat cantik . aku pulak baru firsttime jejak kaki kesana memang tak menyesal lah kan .mungkin bukan pra convo je , pra wedding ?? InsyaAllah .hee .

Lepas habis reheasel lebih kurang 4 lebih terus gerak pegi rumah mun pulak ke klang naik train . dengan beg baju , jubah konvo lagi .haaa .penat tapi seronok sangat masa tu . sampai rumah mun dalam pukul 10mlm camtu . lepas tu terus gerak ke tesco klang sebab aku nak carik tudung warna biru terquoise .tema untuk konvo dan semua graduan wanita wajib pakai .serius aku tak suka warna yang terang terang macamni .kebanyakkan tudung aku semua warna hitam . mungkin sebab aku memiliki kulit yang tak berapa nak cerah ni .so confident nak pakai warna warna cerah ni takde .haa .

28hb pukul 6pagi dah gerak dari klang ke picc .sampai sana lebih kurang pukul 7pg macamtu .tu pun dah jammed kat picc . haaa . mata aku mengantuk tak payah nak cerita .tido 4jam je malam tu .mungkin nervous agaknya .haa

Terima kasih mak dan along sudi masuk dalam dewan masa tu .walaupon terlalu ramai .terpaksa meredah sesak . apa yang aku nak cakap aku nak menangis masa kat dalam dewan tu . siapa yang kenal aku je tau bagaimana  perjalanan aku nak mancapai segulung diploma ni . pahit , getir dan berjaya diakhiri dengan kejayaan .

Terima kasih mak mendoakan kejayaan ija . ija taktau nak balas macammana , tapi ija janji selagi ija bernyawa ija akan sedaya upaya menggembirakan hati mak .menjaga nama baik mak dan arwah ayah . kepada kakak kakak ija , along ,angah ,n mun . terima kasih sis .love you much much . dan tak lupa satu  satu nya abang aku , kamal . terima kasihhh .😁😁
Dan kepada awak jugak . saya berjaya harini mungkin berkat dari awak jugak .terima kasih annaszahirulhaq .😁

Juga kepada semua lecturer kptm bangi .terima kasih ,hanya Allah yang dapat membalas kebaikan anda semua .Aamiin . 😁

So, untuk masa sekarang aku tak terfikir nak sambung ke peringkat degree .sebab aku nak bekerja dulu .nak langsaikan hutang dengan ptptn ni dulu yang berbaki rm 15 ribu lebih yang aku pinjam untuk diploma . selesai ni baru aku mohon untuk sambung belajar ke peringkat degree .InsyaAllah .

Saturday, 12 September 2015

BUSYANNN ...

Assalam awak awak dan awakk ..hhee
Sihat tak ..apo kabarr ..?
Tak tau sebenarnya nak update apa Kali ni ..bila tak on blog macam macam pulak idea Kat kepala ni ..bila da bukak blog hilang pulak idea nak update kisah apaaa ..aduiiiii...,,

So Kali ni mungkin nak kongsi jela kisah hidup aku ni kott ..GAJI..awal bulan haritu dapatla aku gaji untuk bulan pertama aku bekerja ..Dan yang lebih menarik nya seminggu dapat gaji da habis ..ni aku tak tau la nak marah ke atau nak gelak Kat diri sendiri ..hahaa ..bila duit dah habis baru la terfikir "mana duit pergi"?? ..hahahaa

Boros !!!! .. Ya aku rasa itu adalah ayat yang paling sesuai untuk aku .."tak tau lah beli apa , tgk tgk duit gaji da habis " ..boleh tak guna alasan tu bagi Kat mak bila kena tanya nanti ..hhaaa

Saman !!!! ..ha ini kisah paling best dalam hidup aku ..pertama Kali kena saman apa nak buat kan ..senyum senyum senyum sajalahh ..sebab kena saman park kereta tempat OKU depan bsn gemencheh ..semua gara gara nak bayar ptptn lah nii .. Kalau kena saman majlis daerah okey la lagi ..ni kono saman Polisss ..pasrah jelahh..pegi tampin bayar ..habis cerite ..

So now ..bekerja dengan ikhlas dan setia menunggu gaji untuk bulan keduaaa ..hhhaaaa
Bestnya hari bekerja itu adalah hari kita dapat gaji ..kan kan kann ..hahahahaa

Satu lagi yang menarik aku nak kongsi aku akan dapat anak buah lagi ..InsyaAllah tahun depan bulan dua lahirlah anak buah yang ketujuh ..congrats Angah Dan bgboi nak dapat anak yang keempat dah ..sebelom ni tiga tiga anak angah aku lelaki ..Dan aku harap yang dalam Perut sekarang ni perempuan ..haaa ..tapi harapan tinggal hrapan ..dokter kata baby dalam Perut 98% lelaki jugakkk..takpela Angah ..tahun tahun akan datang Cuba lagi yeee ..hheehehe

 

Friday, 4 September 2015

PENGASUH

Assalamualaikum. .

Haloo koranggg..Ada sihat ka ? ..lama sis tak update benda alah ni haaa ...busy bekerja 24hours isnin sampai Jumaat ..hhaaa ..bukan kerja hebat pon macam korangg ..hhee . sis jadi pengasuhhh !!

Alhamdulillah ..walaupon masih belom dapat kerja kerajaan tapi sis dapat keje jugakk ..ha kalau kes ni bukan sis yang carik keje .. Tapi keje yang carik sis ..hhaa..jadi Pengasuh kepada anak anak buah sendiri je pun ..lepas la jugak nak bayar pinjaman ptptn sis masa study Dulu guna gaji yang sis dapat sekarang ..

Semua keje penat kan ..takde keje yang tak penat ..jadi Pengasuh kepada tiga orang anak buah ..hari hari mandikan ..bermain ..masak makanan dyeorang ..hantar Dan jemput Kat sekolah ..Dan tido malam pon bersama dyeorang ..buat benda yang sama hari hari. .. Kadang kadang sis rasa da macam jadi mak mak pulak bila kena bangun tiga empat pagi buat susu ..tukar lampinnn bila nangis memalam ..haa

Sebenarnya agak mencabar jugak rasanya bila jadi Pengasuh ni ..perlu banyakkan sifat sabar Dan lembutkan percakapan ..sebab apa yang kita cakap Dan lakukan mesti kanak kanak akan ikut ..

Tapi antara cabaran yang buat sis 'terpegun' bila dengar ialah "kau belajar tinggi tinggi tapi keje jaga anak buah kau jugak.baik kau jaga Dari Dulu je " ..wahhhh !! ..terpegun.terkesima .semua Ada ..tak terucap sis tau ..terima kasih ye hakak hakak yang cakap macam tu ..InsyaAllah hanya Allah yang mampu membalasnya ..sis Cuba think positive ..always !!! ..;)

So ..sis hanya free hari sabtu Dan ahad jee ..sangat sangat manfaatkan masa weekend tu tau .barulah bole tido lelama ..lepak dengan geng geng sampai nak pengsan sebab mengantuk ..ngeh ngehh 


Thursday, 2 July 2015

maria eryna a.k.a anak buah

bismillah ..assalamualaikum semuaa

hah!!!  sangat sangat lama tak jenguk salah satu diari aku ni ..last update masa aku tengah praktikal ..now sekarang dah dua bulan habis praktikal ..result pun dah keluar ..yeayy alhamdulillah akhirnya diploma dalam genggaman aku ..syukur ya allah ..ok selesai bab praktikal.

sekarang aku jadi baby sitter sementara anak akak ,,baby first untuk akak aku a.k.a anak buah aku yang keenam ..sementara akak aku dapat cari pengasuh aku diamanahkan jaga baby maria eryna ..jaga baby ni senang je pada aku ..sebab baby lebih tidur ..hhaa ..tak tau nak tulis apa dahh ..nah aku kongsikan gambar baby maria eryna...








Sunday, 29 March 2015

'Legend Gedok' 93

assalam korang ..

hah,, lama betul tak update buku ni ..apa nak buat busy memanjang..so harini ada masa sikit nak update apa yaa ??..hhaa
sebenarnya tak ada idea tapi harini nak kongsi la apa yang berlaku sejak memenjak ni dalam kehidupan aku ..tiga hari lepas tercipta lah group whatsupp untuk sekolah rendah aku dulu ..'legend gedok" ..memang legend lah kan dari darjah satu sampai darjah enam setia kat sekolah yang sama ..hha sampai aku pun dah tak berapa ingat kawan -kawan satu sekolah rendah dulu ..muka memasing da berubah ..dah matang kann ..hhaaa
kawan-kawan perempuan tu ingatlah tapi lelaki ni kurang dan tak berapa nak ingat sangat ..yelaa aku pun bukan nye rapat sangat dengan pelajar lelaki masa sekolah rendah ..
 hampir sepuluh tahun dah tak jumpa tak bebual sekali buat group sampai pukul lima pagi pun tak sudah beborak ..hhaa ..ada jugak yang masukkan gambar masa sekolah rendah dulu ..alahai muka aku time tu ..hhaa ..tak sangka ada yang masih menyimpan gambar-gambar tu,,kredit lah untuk korang yang masih simpan gambar dulu-dulu ..aku pulak entah celah almari mana aku letak gambar masa sekolah dulu ..hhaa ..sekarang memasing dah ada kerjaya sendiri ..tahniah korang ..yang masih belajar sambung dgree tu goodluck korang..bitaufiq wannajah okey ..aku doakan korang semua berjaya dunia akhirat ..dan moga moga moga plan nak buat reunion time raya tahun ni jadi kenyataan ..hhaa


darjah empat ..pasai apa muka aku lagu tu ..haihh tapi takpe masih ada kecomelan..


*****************************************************************

so,semalam aku , suhana ,dan siti pergi lah keluar ..hujung minggu kan ..kami bertiga keluar ala-ala reunion lah nie ..hhaaa tapi bertiga je lahh ..keluar dari pukul 11 pagi sampai lah maghrib baru balik ..hhaaa ..keluar sakan satu hari ..pergi sana sini sinun ..hhaa
tapi jujur aku nak cakap sepanjang berkawan mereka adalah yang terbaik ..walaupun memasing dah ada kerjaya  tapi kami tetap berjumpa lepak walau ada masa hanya sekejap ..bercerita,kongsi suka duka,hhaa ..sayang korang ..!!




Tuesday, 24 February 2015

AlAm PrAkTiKaL

Alhamdulillah ..akhirnya selepas berhempas pulas sampai jugak aku ke alam praktikal .alam ala ala pekerjaan ..hhaa ..kalau ikut kan dulu aku nak mohon dekat kolej komuniti tampin ..tapi mungkin takda rezeki kot ..last minute hantar resume dekat syarikat yang aku praktikal sekarang  dan Alhamdulillah aku diterima .

mimi juita contruction sdn bhd .. hah !! ini lah syarikat aku praktikal ..kalau orang -orang kampung tanya aku praktikal kat mane aku just jawab syarikat yb Isam kat gedok tu ..hhaa .. aku start praktikal 12 jan 15 sampai lah 30 apr 15 ..macam sekejap tapi sebenarnya sangat lama ..hhaa

kat sini banyak ilmu-ilmu yang aku belajar ..alhamdulillah akak-akak kat sini memang semua baik sangat ..mak nak suruh aku terus kerja kat sini je lepas habis praktikal ..tapi aku taknak ..aku nak try carik kerja kat tempat lain ..nak carik pengalaman baru ..

bos aku kat sini merangkap supervisor aku ialah abang kandung yb Isam sendiri iaitu haji Othman ..bos aku ni baik..jarang aku bercakap dengan dia sebenarnya ..hhaa dia kalau tegur aku pun mesti cakap 'dik tak lunch ke' 'dik tak balik lagi ke' ..dik!! ..giler terasa manjaaa ..hhaaa ..apepun bos memang sempoi ..

sekejap je masa berlalu ..sekarang kalau nk di kira-kira tinggal dua bulan lagi nak habis praktikal ..lepas ni aku dah merdeka dari diploma .InsyaAllah ..nak melangkah ke suasana berkonvo pulak lepas nie ..